Thursday, 18 February 2021

Bahasa Melayu: Kemahiran Mendengar Bunyi Haiwan bersama Cikgu Mira

PDPR Bahasa Melayu: Kemahiran mendengar bunyi haiwan bersama Cikgu Mira kelas Jannatul Makwa (PK6). Selamat belajar. #kredit kepada video bunyi haiwan: Cikgu Azizul Adam, Aqil Faiz, Aniq Rizqi, Zafran dan Siti Hajar

PEMBENTANGAN SIMPOSIUM 2019 SK PADANG PEKAN SEKOLAH DTP AMAN

Pembentangan Guru Besar SK Padang Pekan dalam Simposium Amalan Terbaik Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu September 2019.
Berkongsi pengalaman menjana kecemerlangan, kualiti dan kemenjadian pemimpin sekolah, guru serta murid, sekolah DTP AMAN (District Transformation Programme 2.0) dan Leaped Services. Menggunakan Instrumen SKPMg2 iaitu 20 Standard Kriteria Kritikal dan Stardard Kualiti kami membina PILL dan Perancangan Strategik.
Semoga bermanfaat dan menyuntik motivasi dalam diri anak-anak didik kami untuk terus cemerlang dan berjaya. Sila LIKE, SUBCRIBE & SHARE perkongsian kami channel. Terima kasih.

Wednesday, 17 February 2021

Cara login Google Classroom melalui link (Murid)

Cara murid masuk Google Classroom DELIMa melalui link yang diberikan oleh guru.
1. Bagi murid yang pertama kali masuk (login) sistem akan minta tukar kata laluan (password).
2. Bagi yang cikgu dah tolong aktifkan tak perlu tukar password.
3. Sila pastikan murid-murid mempunyai emel DELIMa dan password yang diberikan oleh guru kelas. Contoh: m-12345678@moe-dl.edu.my
4. Paparan emel dalam video adalah contoh semata-mata.
Semoga bermanfaat. Selamat belajar.
Sila tekan LIKE, SUBSCRIBE & SHARE untuk perkongsian video berikutnya.

Bahasa Melayu: Kemahiran Membaca Digraf pdpr Cikgu Mira

PDPR Bahasa Melayu: Kemahiran mendengar bunyi haiwan bersama Cikgu Mira kelas Jannatul Makwa (PK6). Selamat belajar.
#kredit kepada video bunyi haiwan:
Cikgu Azizul Adam, Aqil Faiz, Aniq Rizqi, Zafran dan Siti Hajar

Monday, 15 February 2021

Bahasa Melayu Kemahiran Membaca

Tutorial PDPR Kemahiran Membaca suku kata tertutup KVK+KVK oleh Cikgu Mira, guru Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) untuk Kelas Jannatul Naim (PK4) SK Padang Pekan. Video ini juga sesuai juga untuk anak-anak yang mula belajar membaca. Selamat belajar.

Jom tonton LIKE, SUBSCRIBE & SHARE

Friday, 12 February 2021

Preloved Charity Shop Mengumpul Dana Tabung Pembinaan Surau


Assalamualaikum wbt
Ibu ayah, waris dan tuan/puan para dermawan, cadangan PIBG membina Surau SK Padang Pekan dalam Fasa 2 mengumpul dana.
Oleh itu, salah satu cadangan KEUSAHAWANAN kami ialah PRELOVED CHARITY SHOP ditubuhkan bg mengumpul dan menjual barangan preloved (terpakai) dan apa saja barangan yang boleh dijual. Kami mengalu-alukan sumbangan daripada tuan/puan para dermawan.
Setiap sumbangan drp pembelian akan dimasukkan ke dalam TABUNG PEMBINAAN SURAU SK PADANG PEKAN.
Sila hubungi Ustaz Ridzuan 0194283221 untuk maklumat lanjut.
Terima kasih🌹


 

Tuesday, 9 February 2021

Cuti Tahun Baru Cina 2021

Cuti Tahun Baru Cina 10 Februari hingga 14 Februari 2021 (5 hari)
Pejabat sekolah akan dibuka semula pada 15 Februari 2021

Selamat bercuti.
Anak-anak teruskan belajar di rumah ya?

Mulai 15 Februari 2021 kita akan mulakan Program Cakna Akademik mengikut jadual yang akan dimaklumkan kemudian.