Sejarah

 SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG PEKAN



SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG PEKAN mula dibina pada tahun 2007 di atas tanah seluas 3.5 hektar dengan anggaran kos sebanyak RM2.3 juta di Jalan Istana, Lubok Kawah iaitu di antara Kg. Padang Pekan, Jitra dalam Mukim Naga. 

Sekolah Kebangsaan Padang Pekan mula beroperasi pada  3 Januari 2010. Diterajui oleh Tuan Haji Ahmad bin Osman, Guru Besar pertama. Bilangan pelajar seramai 285 orang iaitu dari Prasekolah hingga Tahun 5. Bilangan guru seramai 23 orang.

Pada tahun 2020, murid berjumlah seramai 600 dengan 18 kelas aliran perdana, 2 kelas Prasekolah dan 4 Pendidikan Khas, 48 orang guru dan 9 orang staf sokongan.

No comments:

Post a Comment